Hadis

"Siapa yang membaca tiap habis shalat, Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 33 kali, lalu untuk mencukupkan bilangan seratus membaca 'Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul-mulku walahul-hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qadir' maka akan diampunkan baginya semua dosa-dosanya meski pun sebanyak buih air laut." (HR Muslim)

Sunday 31 July 2011

Hadis-hadis puasa

HADITH-HADITH TENTANG PUASA

‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏رضي الله عنه ‏ ‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت أبواب النار ‏ ‏وصفدت ‏ ‏الشياطين
Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelengguNombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1793


‏عن ‏ ‏سهل بن سعد ‏ ‏رضي الله عنه ‏ ‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر
Hadis Sahl bin Saad r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1838


‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏رضي الله عنه ‏ ‏قال ‏ ‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏من نسي وهو صائم فأكل أو شرب فليتم صومه فإنما أطعمه الله وسقاه
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: 
Sesiapa yang terlupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, hendaklah dia terus menyempurnakan puasanya kerana dia telah diberi makan dan minum oleh AllahNombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1952

Hadis Ibnu Abbas r.a: Seorang wanita telah datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: Ibuku telah meninggal dunia dan masih mempunyai puasa ganti selama sebulan. Baginda bertanya kepada wanita itu dengan sabdanya: Bagaimana pendapatmu jika ibumu itu masih mempunyai hutang, adakah kamu akan membayarnya? Wanita itu menjawab: Ya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Hutang kepada Allah itu lebih berhak untuk dibayar
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1936


‏عن ‏ ‏ابن عباس ‏ ‏رضي الله عنهما ‏ ‏قال ‏ ‏ما صام رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏شهرا كاملا قط غير رمضان وكان يصوم إذا صام حتى يقول القائل لا والله لا يفطر ويفطر إذا أفطر حتى يقول القائل لا والله لا يصوم
Hadis Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w tidak pernah berpuasasatu bulan penuh kecuali pada bulan Ramadan. Baginda akan berpuasa jika ingin berpuasa, sehingga seseorang pernah berkata: Demi Allah, baginda tidak berbuka. Baginda juga pernah tidak berpuasa begitu lama sehingga seseorang pernah berkata: Demi Allah, baginda seperti tidak pernah berpuasa iaitu hanya berpuasa sekali sekala sahaja

Monday 25 July 2011

Pengertian ZUHUD

Hakikat zuhud ialah menyingkirkan apa apa yang semestinya disenangi dan diingini oleh hati, kerana yakin ada sesuatu yang lebih baik untuk meraih darjat yang tinggi di sisi ALLAH. 

Syeikh Abdul Samad Al Palimbani mengatakan bahawa ada rukun kezuhudan. 

1. Meninggalkan sesuatu kerana menginginkan sesuatu yang lebih baik lagi 
2. Meninggalkan keduniaan kerana mengharapkan akhirat. 
3. Meninggalkan segala sesuatu selain ALLAH kerana mencintaiNYA. 

Sebagai contoh untuk zuhud tingkat ini, ada satu kisah seorang sahabat Nabi ternama,Haritsah. Nabi SAW bertanya “Bagaimana kamu hari ini, wahai Haritsah?” 

Dia menjawab,”Aku sungguh beriman, ya rasulullah.” 

“Apa buktinya?” tanya Nabi. Dia menjawab,”Aku telah memalingkan jiwaku dari dunia ini. Itulah sebabnya di siang hari aku haus dan di malam hari kau terjaga, dan rasa rasanya aku melihat Arasy Tuhanku menghampiriku, dan para penghuni syurga sedang bersuka ria dan para penghuni neraka sedang menangis.” Nabi SAW bersabda,” itulah seorang mukmin yang hatinya telah dibukakan ALLAH. Kau telah tahu Haritsah, maka camkanlah.” 

Imam Ahmad Ibnu Hambal mengklasifikasikan tingkatan zuhud yakni :- 
1. Zuhudnya orang orang awam ialah meninggalkan hal hal yang haram 
2. Zuhud orang orang yang khawas (khusus) iaitu meninggalkan hal yang berlebih lebihan (al fudhul) meskipun barang halal. 
3. Zuhud orang Arif iaitu meninggalkan segala sesuatu yang dapat memalingkan daripada mengingati ALLAH. 

Al Imam Ghazali pula membahagikan zuhud kepada tiga peringkat yakni :- 

1. Tingkat terendah ialah menjauhkan dunia agar terhindar dari hukuman di akhirat 
2. Tingkat kedua ialah mereka yang menjauhi dunia kerana ingin mendapatkan imbalan di akhirat 
3. Tingkat tertinggi ialah zuhud yang ditempuh bukan lagi kerana takut atau harap, tetapi semata mata kerana cinta kepada ALLAH Ta’ala. 

Menurut Syeikh Abdus Samad Al Palimbani,proses kehidupan zuhud itu ada 3 tingkat :- 

1. Zuhud Awal 
2. Zuhud Menengah 
3. Zuhud tingkat Terakhir (muntahi) 

Pada semua tahap proses kezuhudan tersebut baik di tingkat permulaan mahupun akhir, para zahid harus membentengi dirinya dengan sifat2 wara’ atau wira/I iaitu menjaga diri dari hal hal yang haram dan perkara perkara subahat serta segala sesuatu yang meragukan 

Tingkat Pertama 

Zuhud awal (mubtadi’) adalah kezuhudan seseorang yang di dalam hatinya masih ada rasa cinta kepada keduniaan, namun demikian dia bersungguh sungguh melawan hawa nafsunya. Maka, pada tingkat permulaan inilah seorang zahid harus melatih diri untuk bersikap wara’. Wara’ bagi zahid pemula dapat diertikan sebagai sifat dan sikap hidup seseorang yang sentiasa meninggalkan perkara perkara subahat iaitu segala sesuatu yang belum jelas hala atau haram. Sebagaimana di terangkan dalam hadis Nabi SAW 

“ Yang halal sudah jelas dan yang haram juga sudah jelas. Tapi di antara keduanya ada perkara yang masih samara samara (subahat). Mengambil yang subahat dapat menyebabkan kita jatuh ke dalam larangan Tuhan” 

Tingkat Kedua 

Zuhud orang yang hatinya sudah meninggalkan dunia, hatinya tidak lagi tertarik kepada dunia. Pada tahap ini orang orang zahid dituntut meningkatkan sikap wara’nya ke tingkat yang lebih tinggi, iaitu wira’I yang biasa diertikan sebagai sikap hidup meninggalkan segala sesuatu yang meragukan dalam hati, sebagaimana sabda Nabi SAW 

“Tinggalkan apa yang meragukanmu pada apa yang tidak meragukan” 

Ini kerana keraguan itu merupakan sebahagian daripada angkara syaitan agar manusia menjadi was was atau syak. Nabi SAW juga pernah mengingatkan, bahawa hakikat dosa sesungguhnya terletak pada apa yang diragukan oleh hati nurani. Oleh itu, baginda mengajarkan manusia agar selalu bertanya dan minta pertimbangan pada hati nuraninya yang benar. 

Berdasarkan dua tahap proses kezuhudan tersebut di atas, seorang zahid dapat naik ke tingkat zuhud yang paling tinggi nilainya iaitu zuhud muntahi; zuhudnya golongan orang yang sudah makrifatullah (arifin). Bagi mereka, dunia dan segala isinya ini sudah tidak ada nilainya lagi sehingga segenap hati dan fikiran mereka sudah menghadap ke akhirat. Maka zahid pada tingkat yang tertinggi ini memilikki cirri cirri rohaniah yang amat tinggi maqamnya. Hatinya tidak lagi bersuka ria kerana memperolehi sesuatu dan tidak pula bersedih kerana kehilangan sesuatu; orang yang memujinya dan orang yang mencelanya dianggap sama saja; dan dia sentiasa merasa dekat dengan Tuhan dan merasakan nikmatnya ibadah. 

Seiring dengan peringkat kezuhudan yang dicapai oleh para zahid muntahi ini, maka sifat sifat wira’I yang dimilikki mereka pun merupakan nilai nilai hakiki yang tinggi. Mereka menjalani wira’I dalam erti meninggalkan segala sesuatu yang dapat membuat seseorang lalai dan lupa kepada ALLAH walau sekejap saja dianggap sebagai dosa. Inilah puncak hakikat zuhud dan wira’I yang sesungguhnya. 

Zuhud peringkat pertama adalah dikalangan orang awam, zuhud peringkat kedua adalah dikalangan para salik yang soleh dan peringkat terakhir ini hanya boleh dimilikki oleh orang orang yang lebih khusus atau khawas al khawas iaitu para Sufi sebagai orang orang yang arif bijaksana

Sunday 24 July 2011

Bahaya mengumpat

Ghibah atau mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim).

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa besar.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.

Inilah orang yang muflis di akhirat nanti.


Wallahualam.

Kisah pemimpin yang adil.

Dalam masa pemerintahan khalifah Umar bin Khatab, hampir setiap malam khalifah Umar melakukan perjalanan secara diam-diam masuk kampung keluar kampung untuk mengetahui kehidupan rakyatnya. Umar khawatir jika ada hak-hak mereka yang belum ditunaikan oleh aparat pemerintahannya.

Malam itu pun, bersama salah seorang pembantunya, Khalifah Umar berada di suatu kampung terpencil. Dari sebuah rumah yang tak layak huni, terdengar seorang gadis kecil sedang menangis berkepanjangan. Umar bin khattab dan pembantunya bergegas mendekati rumah itu. Setelah mendekat, Umar melihat seorang perempuan tengah memasak di atas tungku api. Asap mengepul dari periuk, sementara si ibu terus saja mengacau-ngacau isi periuk dengan sebuah sendok kayu yang panjang.

“Assalamu’alaikum,” Khalifah Umar memohon izin untuk masuk.

Si Ibu yang tidak mengetahui siapa gerangan tamu nya itu memberi izin untuk masuk.

“Siapakah gerangan yang menangis di dalam itu?” tanya Umar.

Si ibu itu menjawab, “Anakku.”

“Apakah ia sakit?”

“Tidak,” jawab si ibu lagi. “Tapi ia kelaparan.”

Khalifah Umar ingin sekali mengetahui apa yang sedang dimasak oleh ibu itu. Kenapa begitu lama sudah dimasak tapi belum juga matang. Akhirnya khalifah Umar berkata, “Wahai ibu, Apa yang sedang engkau masak?”

Ibu itu menjawab, “Engkau lihatlah sendiri!”

Khalifah umar dan pembantunya segera melihat ke dalam panci tersebut. Alangkah kagetnya ketika mereka melihat apa yang ada di dalam panci tersebut seraya memastikan Umar berteriak, “Apakah engkau memasak batu?”

Perempuan itu menganggukkan kepala. Dengan suara lirih, perempuan itu menjawab pertanyaan khalifah Umar, “Aku memasak batu-batu ini untuk menghibur anakku. Aku seorang janda. Sejak dari pagi tadi, aku dan anakku belum makan apa-apa. Sementara aku berusaha untuk bekerja tetapi karena kewajiban menjaga anakku, hal itu tidak dapat kulakukan. Sampai waktu maghrib tiba, kami belum juga mendapatkan makanan apapun juga. Anakku terus mendesakku. Aku mengumpulkan batu-batu kecil, memasukkannya ke dalam panci. Kemudian batu-batu itu kumasak untuk membohongi anakku, dengan harapan ia akan tertidur lelap sampai pagi. Ternyata tidak. Ia tetap saja menangis. Sungguh Khalifah Umar bin Khattab tidak pantas jadi pemimpin. Ia tidak mampu menjamin kebutuhan rakyatnya.”

Mendengar penuturan si Ibu seperti itu, pembantu khalifah Umar ingin menegur perempuan itu. Namun khalifah Umar dengan cepat mencegahnya. Dengan air mata berlinang ia pamit kepada si Ibu dan mengajak pembantunya cepat-cepat pulang ke Madinah.

Khalifah Umar langsung menuju gudang baitul mal untuk mengambil sekarung gandum dan memikulnya di punggungnya. Ia kembali menuju ke rumah perempuan tadi.

Di tengah perjalanan sang pembantu berkata, “Wahai Amirul Mukminin, biarlah aku saja yang memikul karung itu.”

Khalifah Umar menjawab dengan air mata yang berlinang: “Rasulullah pernah berkata, jika ada seorang pemimpin yang membiarkan rakyatnya mati kelaparan tanpa bantuan apapun, Allah mengharamkan surga untuknya.”

Khalifah Umar kemudian melanjutkan, Biarlah beban berat ini yang akan membebaskanku dari siksaan api neraka kelak.”

Dalam kegelapan malam Khalifah Umar berjuang memikul karung gandum itu, hingga akhirnya ia sampai ke rumah sang Ibu.

Dengan cemas, sang Ibu bertanya: “Siapakah anda? Bukankah anda yang datang tadi?”

Khalifah Umar tersenyum dan menjawab, “Benar. Saya adalah seorang hamba Allah yang diamanahkan untuk mengurus seluruh keperluan rakyat saya. Maafkan saya telah mengabaikan anda.”

Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya pemimpin yang berlaku adil dalam pandangan Allah seperti berada di tempat-tempat yang penuh dengan cahaya. Mereka itu adalah suami yang berlaku adil terhadap istri dan anak-anaknya dan pemimpin pemerintahan yang berlaku adil terhadap rakyat yang dalam kekuasaannya.”(HR Muslim)

Kisah Taubat Seorang Penzina Yang Diterima Allah.

PADA suatu hari, selepas menunaikan sembahyang, Rasulullah didatangi seorang wanita yang bernama Ghamidiyah. Rasulullah pun bertanya tujuan wanita itu datang menemuinya.

"Apakah tujuan kamu menemuiku?" soal Rasulullah.

"Wahai Rasulullah, aku telah berzina. Oleh itu rejamlah aku," jawab Ghamidiyah.

Mendengarkan jawapan itu, Rasulullah memalingkan mukanya dari pandangan Ghamidiyah.
Ghamidiyah pun mendepani Rasulullah dan berkata: "Aku telah melakukan zina, wahai Rasulullah. Hukumlah aku mengikut hukum yang telah ditetapkan oleh Allah kepada penzina seperti ku ini," kata Ghamidiyah.
Selepas Rasulullah berpaling sebanyak tiga kali, akhirnya baginda pun bertanya, "Sudah sampai ke tahap mana engkau berzina?"

"Sudah berzina, ya Rasulullah," jawab Ghamidiyah.

"Adakah kamu bercium dan berpelukan?" soal Rasulullah.

"Sudah berzina, ya Rasulullah. Hubungan kami sudah seperti hubungan suami isteri, dan sekarang aku sedang mengandung anak hasil daripada perbuatan zinaku. Hukumlah aku, wahai Rasulullah. Hukumlah aku mengikut hukum Allah, agar aku terlepas daripada hukuman Allah di akhirat kelak.Aku pohon agar dikenakan hukuman rejam ke atasku," kata Ghamidiyah lagi.

"Kau pulanglah dulu. Tunggu sehingga anak di dalam kandunganmu itu dilahirkan. Apabila engkau telah bersalin, barulah engkau datang menemuiku," nasihat Rasulullah.

Apabila telah cukup sembilan bulan 10 hari, maka lahirlah anak yang dikandung oleh Ghamidiyah.Sebaik sahaja sihat dan mampu berdiri, Ghamidiyah pun pergi menemuiRasulullah. Dia mengendong bayinya di dalam sehelai kain dan dibawa bersama.

"Wahai Rasulullah, aku sudah melahirkan anak ini.Sekarang, aku sudah bersedia untuk dihukum. Jalankan hukumanmu ke atasku," kata Ghamidiyah.

Rasulullah memandang ke arah Ghamidiyah dan bayi di dalam dukungannya silih berganti. Kemudian baginda menjawab, "Kau pulanglah dahulu. Apabila bayi ini sudah mampu makan dengan menggunakan tangannya sendiri, barulah engkau datang menemuiku semula".

Ghamidiyah pun akur. Dia pulang kembali ke rumah. Bayi yang dilahirkan itu dipelihara dengan penuh kasih sayang sehingga bayi itu besar. Akhirnya dia sudah mampu makan dengan tangannya sendiri.Ghamidiyah pun pergi menemui Rasulullah buat kali yang ketiga, membawa bersama anaknya. Di tangan anak itu terdapat sekeping roti yang sesekali digigit dan dimamahnya.( Note: Telah bercerai susu badan)

"Wahai Rasulullah, lihatlah!Anakku ini sudah boleh makan dengan tangannya sendiri. Sekarang aku pohon kepadamu, hukumlah aku agar aku kembali suci untuk mengadap Allah yang maha Esa nanti," kata Ghamidiyah.

"Kau carikan sebuah keluarga yang rela menjaga anakmu ini apabila engkau sudah tiada kelak," kata Rasulullah.

Ghamidiyah pun mencarikan keluarga angkat untuk anaknya itu. Apabila telah ada orang yang sudi memeliharanya, maka Ghamidiyah pun menyerahkan anaknya itu. Kemudian dia kembali menghadap Rasulullah.

"Aku sudah selesaikan hal yang engkau perintahkan kepadaku. Sekarang, bolehlah aku dihukum," kata Ghamidiyah.

"Baiklah," kata Rasulullah.

Ghamidiyah pun dibawa ke tempat hukuman. Dia diikat di sebatang kayu. Orang ramai dikumpulkan di sekelilingnya. Akhirnya Rasulullah pun mengarahkan agar Ghamidiyah direjam.

Semua orang mencapai anak batu lalu dilontarkan ke arah wanita itu. Seorang sahabat Rasulullah mengambil sebiji batu yang besar lalu melontar ke arah Ghamidiyah sambil mencelanya.

"Janganlah engkau menghina dan mencerca Ghamidiyah.Sesungguhnya taubatnya itu diterima Allah. Sekiranya hendak dibandingkan taubatnya dengan taubat yang lain, taubat ini adalah lebih besar dari Gunung Uhud," kata Rasulullah.

Maka Ghamidiyah pun meninggal dunia akibat direjam.